Posted by: kmankzk on: December 28, 2009
Yes!..bilik aku di 5S kan sepenuhnya pada 26 Disember lepas….dulu sisih jugak tapi tak habis bila tengok banyak yang boleh pakai…susun jugak tapi ikut suka aku…bersih
sesekali bila free..seragam??…buat 3 S yang pertama.. ikut suka sebab prosedur belum berapa nak ikut, prosedur pembersihan & jadual penyelengaraan belum didokumenkan dan sentiasa amal….pengekalan terhadap 4 S yang pertama ..lagi hampeh !!..audit dalaman buat sekali sekala, latihan dan promosi sekali sekala…
Tu yang susah sikit ..bila buat benda yang sememang nya baguih…… masa awal buat, semangat berapi-api..!! tapi lepas tu tak maintain, tak kekal…sebab apa ? belum jadi budaya..!! ini lah masalah orang kita… buat 5S sebab nak masuk Star Rating,..buat KIK sebab dah sebut dalam pekeliling….
Kali ni tak kira..semua warga pejabat aku dah bertekad, kami akan mendahului pejabat wilayah yang lain malah dari Bahagian lain di HQ PJ untuk dapatkan Persijilan 5S … itu matlamat kami!!… ada orang kata setakat unit di MPC nak dapatkan Persijilan 5S bukan payah sangat..maklumlah Persijilan diberi oleh Unit Audit dan Persijilan MPC di Cawangan KL dari organisasi yang sama .. itu andaian yang silap !… tiada kompromi dalam aktiviti Kualiti ni.. kalau tak ikut kriteria Persijilan yang sepatutnya….jangan mimpi MPC WPT nak dapat sijil 5S ni. Kami ikut proses yang sama..ada audit dalam, ada Latihan.. ada aktiviti Promosi dan kena isi borang QE_Certification untuk tujuan Persijilan..malah mungkin kena bayar !!
Ni..aku lampirkan Pelan Tindakan 5S MPC WPT-1 kami..Insayaalah bulan Januari 2010 ..Persijilan…nak kekal, budak-budak aku buat Garis Panduan 5SMPCWPT rev#1 di dokumenkan dan wajib diikuti..dan yang paling penting Towkey (PIC Setiap Sudut Pejabat MPC WPT) bagi setiap ruang di pejabat aku kena jaga kawasan masing-masing..termasuk Pengarah aku pun ada ruang kena jaga..!! baru boleh jadi..!! KOMITMEN SEMUA PIHAK…!!..dalam KUALITI TIADA YANG TERKECUALI..!!
Saya yakin, penambahbaikan auditan adalah bertujuan kepada pengamalan yang sebenar – bukan main wayang nak sijil. Tahniah MPC, rakan P&Q UiTM!
Salam Tuan,
Saya baru berjumpa dengan blog Tuan. Banyak manfaat dan ilmu yang boleh dipelajari… saya pun tengah dok belajar sikit2 pasal 5s ni… kalo berkesempatan mau menuntut dari Tuan… walaupun ilmu KIK tak abis belajar lagi… hehehe…
salam singgah… blog Tuan….banyak penambahbaikan boleh diamalkan
Asalamualaikum, tahniah ..saya baru jer selusuri blog ini… mohon pandangan tuan dalam projek KIK … boleh tak bagi cara penggunaan 3y atau 5 y ….setakat yg saya tahu penggunaan nya lebih kurang ishikawa jer…apa bezanya yer…….atau ada link yg saya boleh rujuk…terima kasih…
tolong bagi idea utk hiasan sudut hijau di pejabat..
January 1, 2010 at 9:17 pm
Tahniah, boleh kita buat benchmark nanti kalau dah dapat QE Cert dari MPC.
January 3, 2010 at 8:31 pm
En.Ehsan punya lawatan siap masuk package Ikan Bakar kat Pramu…!!.. kami akan menyambut kehaditan tuan di Kuantan..lepasa dapat sijil Lah… Mesyuarat baru-baru ni memaklumkan Audit Persijilan di MPC Kuantan akan di Intergrasikan bersama ISO 9000… bermakna sitem failing bukan saja boleh ditrace dalam masa 30 saat tetapi pada masa yang sama kandungan dan tindakan dalam File mestilah selari dengan Prosedur ISO…. Seperkara lagi.. Audit Persijilan bukan sahaja secara “Visual Management” tetapi mengambilkira sistem yang dibentuk serta kawalan bagi setiap sistem…. payah Ni!!