Posted by: kmankzk on: January 18, 2010
BAB 2 : MENDIFINASIKAN MASALAH
Kali ini aku ingin bicarakan kesilapan yang kerap sangat aku jumpa bila menilai persembahan projek ICC/KIK iaitu di bahagian mendifinasikan masalah.
Berdasarkan kriteria penghakiman ICC MPC, bahagian ini memperuntukan markah yang agak lumayan sekiranya tajuk yang dipilih oleh kumpulan didefinasikan sebaik mungkin. Malangnya bahagian yang sepatutnya memperolehi markah yang tinggi …. Dibiarkan terkapi-kapai disebabkan gagalnya mendifinasikan tajuk dengan baik.
Bagi aku, persembahan ICC adalah peringkat penceritaan satu projek yang telah kita buat dan kita ingin sampaikan apa yang telah kita buat kepada pendengar ( audience) yang tardier dari latar belakang kerja yang berbeza. Oleh itu, Kumpulan ICC/KIK seharusnya menganggap pendengar adalah “ bodoh-bodoh “ belaka….pendengar perlu dijelaskan seterang-terangnya kenapa tajuk yang kita pilih dikatakan MASALAH…kalau dah definasi tidak jelas..maka yang bahagian lain pun nampak kabur je..!!
Lumrahnya 5W+1H akan digunapakai untuk mendifinasi masalah.
Ada Kumpulan mendifinasikan masalah seperti berikut ( contoh untuk bahagian WHAT sahaja)
Tajuk Projek ” Kelewatan Proses X ”
What : Kelewatan.
Mengikut Kamus Dewan keluaran DBP tahun 2002, Lewat di takrifkan sebagai lambat,…..
Proses
Mengikut Kamus Dewan keluaran DBP tahun 2002, Proses ditakrifkan sebagai …………
X
Mengikut Kamus Dewan keluaran DBP tahun 2002, X ditakrifkan sebagai…….
Ada pula kumpulan yang meletakkan tajuk di bahagian WHAT tanpa menjelaskan apa yang dikatakan masalah pada proses X dan apa yang dikatakan proses X.
What: ”Kelewatan Proses X”
Who: ……………………………………
When: ……………………………………
Bagi aku mudah je… tujuan kita adalah mendifinasikan tajuk yang dipilih yang dikatakan sebagai masalah yang telah berlaku. Masalah ini berlaku apabila proses kerja atau sesuatu perkara yang telah berlaku tidak mengikut standard yang sepatutnya. Standard sama ada dinyatakan dalam Piagam Pelanggan, Prosedur ISO, KPI atau apa sahaja dokumen yang bertulis, hatta minit mesyuarat juga boleh dianggap sebagai standard.
Oleh itu, untuk mendifinasikan masalah seperti di atas, seharunya ada 2 WHAT yang perlu dinyatakan iaitu :
What 1 :
Proses X – Traksaksi antara………
(di sokong dengan gambar, model atau sebarang dokumen untuk menjelaskan apa dia proses X )
What 2:
Lewat – apabila proses X tidak dapat dilakukan dalam tempoh masa 30 minit seperti yang didaftarkan di dalam prosedur kerja dalam dokumen ISO Jabatan. ( dokumen prosuder kerja ISO sebagai validasi terhadap masalah)
Nota: masa lewat sebenar Proses X – tidak perlu dinyatakan di peringkat ini. Ironinya panel penilai tahu bahawa, di Latar Belakang masalah akan di nyatakan Carta alir proses kerja X dan data-data yang menunjukkan masa lewat yang telah berlaku iaitu melebihi 30 minit.
Beberapa contoh definasi masalah lain yang boleh dijadikan panduan.
definasi #1 - Persembahan Salah satu projek KIK peringkat Hospital Ampuan Afdzan, Kuantan.
definasi # 2 – Slide Grp XBina – Johan Pengurusan SUK Pahang, Tempat Ketiga – Sektor Kerajaan Kon ICC Keb2009, anjuran MPC dan Tempat Ke Tiga – Kon KIK Kebanangsaan 2009 anjuran MAMPU
definasi # 3 - Kumpulan KIK kategori Staff Sokongan MPC 2009
Tahniah, satu analisis yang berani. Kadang-kadang terlalu sukar untukmenjelaskan HOW? Selalunya kita terperangkap dalam MENGAPA MASALAH BERLAKU (Why???) daripada BAGAIMANA MASALAH BERLAKU.
Adakah ada aturan tertentu dalam 5W,1H. Contohnya, WHAT, WHY, WHEN, WHERE, WHO dan HOW bolehkah diterima?
Mohon pendapat tuan. Terima kasih di atas perkongsian ini.
assalamualaikum
saya berminat tentang KIK yg pihak tuan pertengahkan
mohon jasa baik pihak tuan dapat berhubung dengan saya di email saya opyatim@hpj.gov.my untuk saya menghubungi pihak tuan untuk perbincangan seterusnya
saya adalah salah seorang fasilitator KIK
dapat kiranya pihak tuan sertakan no telefon untuk saya hubungi pihak tuan untuk berkongsi ilmu kik bersama pihak tuan
sekian terima kasih
boleh tak tuan terang kan atau beri contoh tool yang digunakan di dalam kik iaitu blue ocean strategi
January 20, 2010 at 5:02 pm
Masalah nya ialah masalah tetap mendatangkan masalah yang terus-terusan menjadikan masalah sebagai masalah yang tidak bermasalah…….