Posted by: kmankzk on: March 14, 2010
Jutaan terima kasih dari kami, MPC WPT di atas lawatan rasmi QE yang
diketuai oleh Sdr. Mohd Ehsan Amin dan Pn.Azmah Maali’ dari UiTM Shah Alam bertarikh 11 Mac 2010 lepas.
Beratus KM, mereka datang semata-mata untuk melihat perlaksanaan QE yang di hubungkaitkan dengan Lean Management, ISO 9001, KPI dan KAIZEN aktiviti. Majlis dimulakan dengan taklimat perlaksanaan QE dan lawatan ke pejabat MPC WPT untuk melihat apa yang dimaksudkan :
..semoga pihak tuan/puan mendapat sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman manis bersama kami di Kuantan.
Apa yang terkurang dari aspek layanan kami, mohon berbanyak kemaafan…..umur panjang kita berjumpa lagi!!!
Terima kasih En Man kerana belanja makan… Saya amat hargai…
Terima Kasih kepada pihak MPC Pantai Timur atas layanan yang amat mesra dan cemerlang…
Apa yg saya alami bersama kalian di MPC saya ceritakan pada opis dan ilmu yang saya dapat akan saya praktiskan di opis saya…
Terima Kasih banyak-banyak..
March 30, 2010 at 9:10 am
Terima kasih atas penghargaan yang diberikan dan terima kasih tidak terhingga pada semua warga kerja MPC Kuantan terutama Pengarah, Pengurus Encik Kamaruzzaman Kasim, Pegawai Perunding Cik Hazwani yang telah memberi kerjasama yang padu dan berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan 5S yang efektif di MPC Wilayah Timur.
Semoga perkongsian ilmu dan amalan akan diteruskan dari masa ke semasa.
Sekali lagi terima kasih dan tahniah untuk semua staf MPC Kuantan.
April 1, 2010 at 12:12 am
kami tunggu siri lawatan ke 2…Uitm Shah Alam