Posted by: kmankzk on: April 22, 2010
Aku pernah ditanya apakah impak ICC selain dari penjimatan masa, kos , tenga kerja dan lain-lain faedah yang ketara…soalan yang
cukup bagus dari seorang pengarah yang aku respect dari organisasi kerajaan yang mahu melihat impak pelaksanaan ICC selain dari yang disebutkan di atas… katanya lagi kalau swasta boleh nampak jelas impak ICC tetapi sektor kerajaan …impaknya terlalu subjektif.
Kebetulan ..aku pernah lakukan survey berkaitan ICC dan salah satu penilaian dalam survey berkenaan adalah PENILAIAN DIMENSI FAEDAH PERLAKSANAAN ICC
Penemuanya :
• Lebih 71 % responden menyatakan akan membawa peningkatan sikap pekerja yang positif
• Lebih 70% responden menyatakan Pengurangan dalam kitaran masa dalam proses menyediakan produk / perkhidmatan
• Lebih dari 69% responden menyatakan Memperbaiki kecepatan ( responsiveness) menurut kehendak pelanggan
• Lebih dari 63% responden menyatakan meningkatkan motivasi pekerja
Maknanya Impak ICC sepatutnya tidak dinilai dari aspek penjimatan Kos semata-mata tetapi juga aspek perubahan semangat pekerja, motivasi pekerja dan lain-lain semangat yang sukar di ukur dalam bentuk figure….
Organisasi yang cemerlang dalam perlaksanaan ICC sebenarnya organisasi yang memberi peluang kepada semua staff dalam membuat keputusan… keputusan menerusi prosedur baru yang dibentuk oleh mereka dan perlu di ikuti oleh semua orang tanpa mengira kedudukan.
Persoalannya…
• setakat manakah cadangan yang dicadangkan oleh kumpulan KIK terutama dari gred yang rendah di ambil kira oleh Jawatan Kuasa Pemandu untuk dijadikan prosedur Baru dan didaftarkan dalam Sistem ISO atau KPI ..??
• Siapakah yang perlu bertanggung jawab kumpulan KIK sendiri atau Jawatankuasa Pemandu untuk mendaftarkan cadangan dari Kumpulan KIK di jadikan sebagai prosedur baru ?
• Siapakah yang perlu mengeluarkan arahan atau memaklumkan telah ada prosedur baru yang diwujudkan atau prosedur baru mengantikan prosedur lama kepada semua warga kerja dan perlu dipatuhi…ahli KIK yang mencadangkan atau Jawatan Kuasa Pemandu ?
Dan aku terlupa untuk masukan dalam kajian survey aku… Berapa banyakkah prosedur baru telah di wujudkan dan digunapkai dalam perlaksaanaan ICC..!!
April 25, 2010 at 10:12 am
Setuju sangat laa… kalau impak ICC sepatutnya tidak dinilai dari aspek penjimatan Kos semata-mata tetapi juga aspek perubahan semangat pekerja, motivasi pekerja dan lain-lain semangat yang sukar di ukur dalam bentuk figure .
Yang lebih bagus kan.. perkara nie.. jadi budaya di dalam organisasi. Camno kalau kos laksana cuma sedikit je…..Rm dan Sen… namun impaknya seantero dunia boleh guna pakai … organisasi gak untung dan gah kan.. Selamat berjuang bersama ICC @ KIK negara Malaysia tercinta.
April 25, 2010 at 8:03 pm
Pasal tu lah… bila buat borang baru ke prosedur baru ke..kena explain kemas-kemas prosuder baru tu telah dibentuk dan di explainkan kepada semua staff melalui perhimpunan pagi atau mesyuarat jabatan atau through email semua staff dan seterusnya tarikh kuatkuasa di dokumenkan dalam Sistem ISO organisasi atau didaftarakan sebagai KPI jabatan….serta contoh dokumen yang telah didaftarkan sebagai validasi pada statement kita…. Semga bro Zahari samapai pencen dengan projek KIK Library UPSI..saya sentiasa doakan yang terbaik kepada bro Zahari and the Gang !!