Kman Blog

Guru Kualiti antaranya… Siri #1

Posted on: November 15, 2009

images-crosby

CROSBY

Philip Crosby (1926- ) dihargai sebagai tokoh yang mempopularkan konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami. Dalam bukunya, “Quality is Free” yang diterbitkan pada tahun 1979 dan dijual lebih dari dua juta buah, beliau telah menulis, “Quality is not only right, but also free. And it is not only free, it is the most profitable product line we have.” (Kualiti bukan saja betul, ianya juga percuma. Dan ianya bukan saja percuma, malahan juga merupakan produk yang paling menguntungkan yang kita ada).

Crosby membentuk gerakan “kesilapan-sifar” atau zero-defects movement di Martin Marietta pada tahun 1960an. Dia telah mempopularkan slogan “do it right first time” atau “lakukan dengan betul pada kali pertama” yang pertama digunakan di Syarikat Western Electric pada pertengahan tahun 1930an.

Selepas terlibat dalam bidang pengawalan dan kualiti selama beberapa tahun dan mengkaji falsafah kualiti yang dibawa oleh Deming dan Juran, Crosby merasa kecewa dengan wujudnya kesilapan dalam sesutu proses penghasilan produk secara berterusan. Dia menyanggah pendapat Deming dan sebaliknya berpendapat bahawa “kesilapan-sifar” boleh dicapai.

Crosby kemudiannya mula menumpukan perhatiannya kepada usaha-usaha pencegahan. Dia menolak teori-teori statistik yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa berlaku. Dia berpendapat bahawa sebenarnya adalah lebih murah jika kita dapat mencegah kesilapan dari berlaku dengan cara melakukan sesuatu dengan betul pada kali pertama. Pendapat beliau ini sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kerja yang dilakukan di Martin Marietta yang memerlukan ketepatan dalam menghasilkan teknologi ketenteraan yang canggih dan kompleks.

Crosby beroperasi melalui syarikatnya iaitu Philip Crosby Associates dengan staff seramai 325 orang yang mempunyai cawangan di enam buah negeri di Amerika Syarikat serta London, Paris, Munich, Genoa, Toronto, Singapura, Sydney dan Tokyo. Pendekatan yang digunakan oleh Crosby dalam sesi latihannya adalah pragmatik dan bertenaga. Dia adalah satu-satunya pakar kualiti yang percaya bahawa pencapaian kualiti adalah satu perkara yang mudah. Walaupun Deming dan Crosby tidak sependapat tentang mudah sukarnya untuk mencapai kualiti, mereka bersetuju tentang penting menumpukan perhatian kepada faktor manusia dan analisis statistik merupakan satu bahagian kecil dalam keseluruhan proses pembaikan kualiti.

Falsafah kualiti Crosby dihuraikan dalam “Four Absolutes of Quality Management” dan “Crosby’s Fourteen Points“.

Four Absolutes of Quality Management

1. Definisi kualiti ialah “keakuran kepada requirements“.
Ini seringkali diertikan sebagai keakuran kepada spesifikasi produk. Deming percaya bahawa produk atau perkhidmatan terakhir ialah 10% keakuran kepada spesifikasi dan 90% respon kepada kehendak pelanggan.

2. Sistem yang membolehkan pencapaian kualiti ialah pencegahan.
Untuk mengurangkan kos, pemeriksaan mesti dihapuskan. Ini bermakna setiap anggota kerja mesti dilatih untuk memahami keseluruhan proses kerja dan mencari kesilapan untuk diperbaiki pada semua peringkat kerja.

3. Standard prestasi untuk kualiti ialah kesilapan-sifar.
Crosby percaya kaedah-kaedah dalam statistik adalah direka-reka untuk membenarkan kepercayaan bahawa kesilapan tidak boleh dielakkan.

4. Sukatan kualiti ditentukan oleh tahap keakuran.
Crosby berjaya membuktikan bahawa kos pengeluaran sesuatu barangan adalah lebih besar sekiranya proses pembaikan kualiti tidak dilaksanakan.

Crosby’s Fourteen Points

1. Komitmen pengurusan.
Crosby mencabar pengurusan supaya menyediakan fokus dan strategi dan mengenengahkan usaha kualiti berdasarkan kehendak pelanggan.

2. Pasukan Pembaikan Kualiti.
Proses pembaikan dan penerusan kualiti adalah berterusan.

3. Sukatan (measurement).
Pengurusan perlu membentangkan masalah ketidakakuran secara yang boleh dinilai dan diperbaiki.

4. Kos kualiti.
Pengurusan perlu menjelaskan penggunaan kos kualiti (COQ) sebagai alat pengurusan. Masalah sebenar COQ hanya akan timbul bila pengurusan tidak memberikan fokus kepada kaedah kualiti.

5. Kesedaran kualiti.
Mengadakan usaha-usaha untuk meningkatkan keprihatinan semua anggota kerja terhadap pentingnya menjaga keakuran produk dan perkhidmatan dan reputasi kualiti sesebuah organisasi.

6. Tindakan pemulihan.
Mengadakan usaha-usaha untuk memulihkan kesilapan.

7. Perancangan ke arah kesilapan-sifar.
Ini merupakan usaha-usaha ke arah pembaikan proses kualiti.

8. Bimbingan untuk anggota kerja.
Pengurusan perlu menentukan bentuk latihan yang perlu diberikan kepada semua anggota kerja supaya mereka dapat menjalankan peranan mereka dengan baik dalam proses pembaikan kualiti.

9. Hari kesilapan-sifar.
Program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran anggota kerja tentang kualiti dan perubahan yang telah dihasilkan.

10. Penetapan sasaran.
Untuk menterjemahkan janji dan komitmen kepada tindakan dengan cara menggalakkan individu menetapkan sasaran pembaikan untuk diri dan juga kumpulan mereka. Penetapan sasaran akan menjadikan semua anggota kerja bekerjasama ke arah pencapaian matlamat yang sama.

11. Membuang punca kepada kesilapan (error cause removal).
Pengurusan perlu menyediakan persekitaran yang yang membantu ke arah pencapaian tahap kualiti yang diingini.

12. Penghargaan.
Penghargaan perlu diberikan kepada anggota kerja yang terlibat dalam usaha pembaikan kualiti.

13. Majlis-majlis kualiti (quality councils).
Majlis-majlis ini ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang berkenaan untuk mendapat dan bertukar-tukar maklumat secara regular berkenaan dengan perkembangan proses kualiti.

14. Laksanakan secara berterusan.
Menekankan bahawa proses pembaikan kualiti adalah berterusan. Kualiti memerlukan proses yang dinamik yang responsif terhadap penetapan standard-standard baru

RUJUKAN

Morehouse, D.L (1996). Essentials of TQM. Hampshire: Gower Houseeom_0005_0001_0_img0175

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 60,281 hits

PENULIS

KALENDAR

November 2009
M T W T F S S
    Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Categories

KMAN-DALAM KENANGAN

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 5 other followers

Twitter Updates

RSS Top stories

  • Lots of Sabahans, Sarawakians unhappy, says Mahathir - Free Malaysia Today September 24, 2017
    Free Malaysia TodayLots of Sabahans, Sarawakians unhappy, says MahathirFree Malaysia Todaymahathir-sabahsarawak1 PETALING JAYA: Pakatan Harapan leader Dr Mahathir Mohamad has given an assurance to the people of Sabah and Sarawak that the coalition will look into their unhappiness in regards to their status in the Malaysian federation.Najib: Pakatan practises […]
  • DBKL stands firm on decision to ban Beer Festival: Tengku Adnan - The Sun Daily September 24, 2017
    The Sun DailyDBKL stands firm on decision to ban Beer Festival: Tengku AdnanThe Sun DailyFederal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (C) speaking at the Federal Territories Unity Week and My Rukun Negara 2017 and #V4KL@Unity programme, on Sept 24, 2017. — Bernama. KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City Hall ...Stand up to bigotry, ex-Treasury […]
  • Hindraf: Wrong to say Najib 'father of development for Indians' - Free Malaysia Today September 24, 2017
    Free Malaysia TodayHindraf: Wrong to say Najib 'father of development for Indians'Free Malaysia TodayIts chief claims PM failed to implement MoU that Hindraf had signed with government to uplift the lot of Indians. Waythamoorthy-najib PETALING JAYA: Indian rights group Hindraf says it is wrong to claim Prime Minister Najib Razak is the father of .. […]
  • Light aircraft skids off runway at Kuching International Airport - The Star Online September 24, 2017
    The Star OnlineLight aircraft skids off runway at Kuching International AirportThe Star OnlineKUCHING: A light aircraft carrying six passengers from Mukah, including a Sarawak minister, skidded at the Kuching International Airport upon landing on Sunday evening. State Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development ...Plane with ministe […]
  • Rafizi alleges ad placement of bankruptcy notice a personal attack against him - The Star Online September 24, 2017
    The Star OnlineRafizi alleges ad placement of bankruptcy notice a personal attack against himThe Star OnlinePETALING JAYA: PKR lawmaker Rafizi Ramli (pic) has alleged that the bankruptcy notice served on him over the National Feedlot Corporation (NFC) defamation suit was "a personal attack" against him. In a statement on Sunday, the Pandan MP said […]
  • Vietnamese woman falls to her death at Imbi monorail station - Malay Mail Online September 24, 2017
    Malay Mail OnlineVietnamese woman falls to her death at Imbi monorail stationMalay Mail OnlineThe victim was said to have jumped off the third floor of the station, located along Jalan Imbi.KUALA LUMPUR, Sept 24 — A Vietnamese woman was reported dead after falling from the third floor of a Jalan Imbi monorail station today. The Star reported ...Vietnamese wo […]
  • Muar's 'Muslims-only' laundromat sparks controversy on social media - New Straits Times Online September 24, 2017
    New Straits Times OnlineMuar's 'Muslims-only' laundromat sparks controversy on social mediaNew Straits Times OnlineA self-service laundromat in Jalan Junid, Muar, which caters only to Muslim patrons, has sparked controversy on social media. (Pics from Facebook). By AHMAD FAIRUZ OTHMAN and MOHD SABRAN MD SANI - September 24, 2017 @ 11:41pm. JOH […]
  • TV host Mahadzir Lokman critical in UMMC - Malay Mail Online September 24, 2017
    Malay Mail OnlineTV host Mahadzir Lokman critical in UMMCMalay Mail OnlineMahadzir Lokman is now in critical condition in UMMC. — Facebook picKUALA LUMPUR, Sept 24 — Popular television host and personality Datuk Mahadzir Lokman is in critical condition and has been warded at the Intensive Care Unite in the Universiti ...Mahadzir Lokman found unconscious, adm […]
  • Kit Siang tells S'wak to walk the talk on M'sia Agreement - Malaysiakini (subscription) September 24, 2017
    Malay Mail OnlineKit Siang tells S'wak to walk the talk on M'sia AgreementMalaysiakini (subscription)The Sarawak government must uphold the Malaysia Agreement allowing citizens to enter the state for political activities, if the state hopes for its rights to be similarly upheld under the same agreement. "It is very clearly set out that legitim […]
  • Muslim NGOs lodge police report against Hannah Yeoh for preaching Christianity - New Straits Times Online September 24, 2017
    New Straits Times OnlineMuslim NGOs lodge police report against Hannah Yeoh for preaching ChristianityNew Straits Times OnlineFifteen Muslim non-governmental organisations (NGO's) lodged a police report against Selangor State Assembly speaker Hannah Yeoh for allegedly preaching about Christianity to the people in the country. (NST file pix). By MOHAMED […]
%d bloggers like this: