Kman Blog

PROJEK ICC untuk kita fikirkan bersama…siri#5

Posted on: January 16, 2010

KITARAN PDCA

Di dalam Tatacara pengendalian projek ( Group Proceeding), kumpulan KIK biasanya kan menerangkankan :

  • Kekerapan Mesyuarat
  • Pembahagian Tugasan ahli Kumpulan KIK dalam bentuk Matrik tugasan ahli.
  • Carta Perbatuan – bagi perancangan dan perlaksanaan projek KIK
  • Metodology Penyelesaian masalah yang digunapakai – samada PDCA atau DMAIC

    Walter Andrew Shewhart

Aku tertarik pada Model penyelesaian masalah yang digunapakai iaitu PDCA cycle yang mula diperkenalkan oleh  Walter A.Shewart pada tahun1930   melalui bukunya berkaitan Penambahbaikan berterusan yang bertajuk “ Statistical Method From Viewpoints of Quality Control pada tahun 1939 dan kemudian telah dimodifikasi serta dipopularkan oleh Dr.Deming.

Kebanyakan kumpulan mengaku menggunakan Model ini, tetapi projek yang dipersembahkan, ada kalanya lari dari langkah-langkah PDCA itu sendiri. Seolah-olah mengambarkan Model ini diletakan sebegitu rupa sebagai syarat persembahan di Konvensyen KIK/ICC sahaja… atau ikut template dari kumpulan lain.

Apabila kita meletakan PDCA sebagai proses penyelesaian masalah, maka seharusnya perjalanan projek dari  pemilihan masalah sehinggalah penyeragaman perlulah mengikuti FASA PDCA itu sendiri.

Di Malaysia terdapat sedikit perbezaan didalam penggunaan Model ini. Kebanyakkan ajensi kerajaan menggunakan PDCA seperti termaktub didalam  PKPA 7 1991_Kumpulan Meningkat Mutu Kerja dimana  cadangan penyelesaian adalah di peringkat DO ( Perlaksanaan). Manakala amalan organisasi swasta pula meletakan cadangan penyelesaian adalah di Peringkat Plan manakala perlaksanaan pula adalah di diperingkat DO ( Laksana).

Aku bukanlah nak cari mana yang betul dan mana yang salah…!! Cuma melalui pengalaman aku dan sedikit pembacaan …. Cadangan penyelesaian sepatutnya di letakkan di FASA PLAN ( perancangan) manakala perlaksanaan cadangan di letakkan di bawah FASA DO ( Laksana)…. Ini jelas diterangkan seperti PDCA improvement proses di Quality Journal 1995 “The PDCA Improvement Process” dan bagaimana PDCA digunapakai seperti penerangan pada PDCA Flow Chart didalam Journal yang sama.

Kalau aku mengajar … aku lebih selesa membahagikan FASA PDCA mengikut BAB…Ikut PLOT macam buat filem atau Drama Swasta.

FASA PDCA aku  bermula dari BAB 1-BAB8 : PDCA rev 2… ikut QC Story… cerita atau plot  yang bersambung dari 1 Bab  ke Bab yang lain… setiap Bab perlu di simpan dengan nama File Bab1: Pemilihan masalah..dikuti File Bab 2: Definasi dan Latar Belakang Masalah…. Sampai Bab.8

Dah puas hati setiap Bab …. Coppy semua Bab… sambung Bab ke Bab dan save dalam 1 File atau bukak BAB BARUBertajuk “ PROJEK KIK/ICC AKU”…..

Tags: , ,

5 Responses to "PROJEK ICC untuk kita fikirkan bersama…siri#5"

Encik Kman,

Bagi memudahkan pemahaman, Aktiviti PDCA saya cadangankan seperti berikut:
PLAN: Mengenalpasti projek, Memilih Projek, Menjelaskan Projek, Menetapkan Sasaran Projek, Analisis Sebab dan Akibat, Menjelaskan Punca Paling Mungkin, Cadangan Penyelesaian, Persembahan Pengurusan.
DO: Persediaan Pelaksanaan Cadangan Penyelesaian, Melaksanakan Cadangan Pelaksanaan.
CHECK: Semakan Pelaksanaan Cadangan Penyelesaian, Tindakan Pembetulan
ACTION: Tindakan Penyeragaman, Pemantauan Hasil Projek

Mohon maklumbalas rakan ICC lain.

aku setuju dengan kaedah yang dinyatakan, sepatutnya penggunaan PDCA cycle haruslah digunakan mengikut standard yang diterima pakai di peringkat antarabangsa spt yang terdapat didalam journal tu…oleh itu penekanan kepada perkara ini harus buat agar setiap kumpulan dapt mengadaptasi kaedah yang betul dalam penyelesaian masalah.

..Kat Malaysia ini terlalu banyak sangat Mahzab KIK… kadang-kadang pening !!..yang peliknya kalau biasa tengok persembahan ICC luar negara seperti di ICQCC atau IQC..PDCA yang digunapakai semua sama… sebab itulah standard yang diperkatakan oleh Shewhart dan Deming…. logiknya Plan adalah Perancangan ..maknanya belum dibuat, baru rancang NAK BUAT…. oleh itu Cadangan Pelaksanaan seharusnya di letakkan di fasa Plan sebab baru nak cadang belum buat lagi…. TQ atas komen Sdr Brent.

boleh ke nak ckp ‘i hate KIK’ sebab terasa seperti satu beban !
huhuhuhuh……

perpun tankz en bro…i got d info n spirit to do diz task..amin~

Leave a comment

Blog Stats

  • 65,733 hits

PENULIS

KALENDAR

January 2010
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Clicks

  • None

Archives

Categories

KMAN-DALAM KENANGAN

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers