Kman Blog

Fasilitator ..Oh Fasilitator..!!

Posted on: February 23, 2010

Hari ni aku sempat membentangkan satu paper bertajuk Pengamalan ICC di Malaysia bersempena Forum Membudayakan Amalan Inovasi dan Kreativiti di Kalangan Warga Kerja Menerusi Aktiviti Kumpulan Inovasi dan Kreatif (ICC) Di Renaissance Hotel Kota Bharu.

Aku sempat memaklumkan kenapa perlu berlakunya Transformasi dari QCC ke ICC sama seperti posting aku terdahulu… apa yang perlu berubah dan apakah benda yang baru dalam ICC  antara lain :

  • New Idea
  • Value creation
  • Sharing Idea
  • Patern
  • Peranan MOSTI
  • Validation

Semasa Soal jawab, ada peserta yang memaklumkan Konvensyen sebagai pertandingan… aku bersetuju dengan peserta dan aku jawab ia di anggap sebagai pertandingan bila sebelum masuk Konvensyen dah anggap mesti menang.

Bila nak menang, maka projek yang dibuat akan hilang intergritinya….

Aku juga cakap  perlu berlakunya … Transformasi dari segi struktur ICC itu sendiri…. terutama perlatikan Fasilitator.

  • Sampai bila Fasilitator perlu menyumbang idea dalam proses menyiapkan projek ICC.. apakah peranan sebenarnya fasilitator?
  • Sampai bila Fasilitator perlu di lantik dari jabatan atau unit yang sama ?
  • Sampai bila Fasilitator dilantik sebab jawatanya bukan kepada pengalamanya dalam ICC.

Perlunya TRANSFORMASI !! ..

  • lantiklah Fasilitator dari unit yang berbeza..  kecuali terpaksa kerana tiada banyak unit atau bahagian dalam satu organisasi.Kepakaran Fasilitator perlu dikongsi bersama.
  • Lantiklah fasilitator dari sudut pengalamanya bukan jawatannya.
  • Lantikan Fasilitator  melalui surat rasmi yang ditandatangani oleh CEO atau KP atau orang yang tertinggi jawatanya dalam satu organisasi.

Fasilitator adalah sebagai

  • pembimbing kepada kumpulan bagaimana nak buat projek ICC…bagaimana nak gunakan Tools ICC.
  • Pendorong bila projek ICC terbengkalai sebab ahli ICC kurang motivasi untuk siapkan
  • Penghubung antara  jawatankuasa pemandu dengan Kumpulan ICC
  • Penilai – membantu ahli ICC menilai projek yang dibuat selari dengan PDCA nya.

Fasilitator

  • bukannya sebahagian daripada Kumpulan ICC untuk bersama-sama memikirkan  punca masalah cadangan penyelesaian dan memikirkan  cara perlaksanaan projek ICC
  • tidak semestinya perlu membimbing hanya satu kumpulan
  • tidak semestinya perlu hadir pada setiap kali mesyuarat kumpulan ICC.

5 Responses to "Fasilitator ..Oh Fasilitator..!!"

Tuan, klu nak menang dalam pertandingan ICC adakah kita perlu tokok tambah bukti atau cerita pada slide atau flow slide tersebut. Bukankah itu satu pembohongan cerita pada projek ICC tersebut. Selalu diperhatikan bahawa kumpulan ICC Kebangsaan yang menang mereka cerita dan menambah tools dan mereka diistiharkan pemenang…….yang peliknya yang menang itu adalah mereka2 dari kumpulan yang sama saja pada tahun2 yang sudah. Apa komen tuan?

Datuk Mokram…klu nak menang memang semua boleh tokok tambah… sampai hilang intergriti projek ICC tu..

Cuma dalam ICC bukti melalui dokumen memang amat dipentingkan. Sebab itu kriteria menyatakan Validasi. Bukti seperti dokumen yang disahkan. Masalahnya sejauhmana pengesahan dibuat dari aspek intergritinya… sanggupkah kita menang sedangkan intergriti projek memang jauh melaut..!!

Tools yang banyak dari segi prinsip ICC tak menjamin kemenangan. Projek yang bagus bukan dinilai dari aspek bilangan tools nye tetapi kepada 3 perkara
1. Proses – QC Storynya
2. Projek – Keunikan cadangan dan kesesuain cadangan untuk diperluaskan dan dikongsi bersama
3. Impak – sejauhmana immpak projek kepada pelanggan, Organisasi dan negara.

Tools adalah alat yang diguna pakai untuk melicinkan QC story dan perletakan tools perlulah sesuai pada plot QC story.

Contoh ada yang menyangka gunakan 3 Rajah Isikawa lebih banyak markah berbanding 2 Rajah Isikawa… sebenarnya panel melihat bagaimana proses dalam melahirkan punca paling mungkin sahaja… kalau gunakan teknik why-why analisis, varifikasi dan validasi punca terakhir pada why-why analisi – ( cara validasi dengan data, testing atau ujian selain pemerhatian berdasarkan sumber – lihat posting terdahulu)maka sudah semestinya lah 2 rajah Isikawa sahaja yang wujud.

Cuma diperingkat Kebangsaan – markah sangat rapat antara satu sama lain terutama di sektor Manufacturing dan Electronik..bezanya kumpulan yang matang akan bijak menyususun QC story nya dengan lebih jelas..lebih mudah difahami.

Tq atas pertanyaan.

Terima kasih, Tuan,
Insyaallah…kami akan menjemput Tuan untuk menilai beberapa projek ICC kami pada April depan. Semoga ulasan & komen tuan nanti akan memberikan impak kepada kumpulan ICC kami pada peringkat Kebangsaan 2010 nanti.

Terima kasih.

cantik bro….. aku dah inform Dr.

Tuan,

Confirm jadi pada 10/04/2010 ni…nanti saya emailkan butiran selanjutnya.

terima kasih.

Leave a comment

Blog Stats

  • 65,733 hits

PENULIS

KALENDAR

February 2010
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Top Clicks

  • None

Archives

Categories

KMAN-DALAM KENANGAN

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers